Ucapan

Isnin, 21 September 2009

Mesyuarat Kerja di Rumah Abang Sarina Abu Bakar

Alhamdulillah ...kami baru selesai membuat mesyaurat kecil di rumah Sarina Abu Bakar. Tujuannya demi merealisasikan perjumpaan hari raya tahun ini. Antara yang hadir ialah saya sendiri, Mahadi Hassan, Ramlan (chik), Siti Mariam Sirun, Sarina selaku tuan rumah, Zulkiflee(baru pencen askar)dan Kassim(botak). Selepas itu perjumpaan menjadi semakin ramai dengan kehadiran Rosli Che Mat(mi mat 10), Ustaz Salim Saidin, Naim dan Mohd Amin . Perbincangan agak gamat dengan keletah mi mat 10 dengan Sarina..mmm sejak dari sekolah rendah lagi, dua-dua nie tak boleh berjumpa, ada ja hal yang tak kena. Mesyuarat kerja kecil ini berjaya membahagikan tugas-tugas yang perlu disempurnakan untuk menjayakan perjumpaan kali ini. Kami juga bersetuju agar rombakan terhadap jawatankuasa yang ada dirombak kembali bagi memperkemaskan jentera reunion 68...akhir kata, marilah kite sepakat hati menghidupkan kembali reunion dengan motto:DEKATKAN YANG JAUH, ERATKAN UKHUWAH, HIDUPKAN NOLSTAGIA..Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan