Alhamdulillah..baru-baru ini (24 Sept 2009) satu rombongan reunion telah berkesempatan menzirahi cikgu Sapiran iaitu Guru Bahasa Inggeris reunion di SKSI II. Rombongan reunion terdiri daripada saudara Mahadi Hassan (Pengerusi)dan isteri, Ramlan Ali (Naib Pengerusi), Aminuddin Baki (Penulis/Setiausaha), Dzulkiflee Mahyuddin (AJK), Abd Rahman Osman&Isteri serta 3 orang anaknya, CT Mariam (Bendahari), Sarina(AJK), Ahmad Nizam (AJK).Kami bertolak dari Felda Ijok pada jam 2.00 petang dan sampai ke Kuala Kangsar pada jam 4.40 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, kami tak kering gusi melihat gelagat-celoteh Sarina dengan Ahmad Nizam (mata besar). Ada saja isu-isu lama yang diungkit oleh si Sarina dengan Nizam. Dalam keadaan gelak ketawa iu terjadi sedikit kemalangan antara MPV Perodua yang kami naiki dengan sebuah motosikal. MPV mengalami sedkit calar kecil. Tapi yang membuat kami teruja ialah melihat semangat Cikgu Sapiran untuk berbual dengan kami walaupun dalam keadaan kesihatan beliau yang agak uzur. Banyaklah kisah-kisah lama yang di cungkil semula terutamanya si Sarina pot pet tu la. Aku sempat rakam celotehnya..InsyaAllah akan para reunion akan dapat mendengar rakaman itu nanti di dalam blog ini.
Rombongan kemudian bertolak ke Taiping untuk menziarahi seorang lagi guru lama kami iaitu Cikgu Dzul . Kami bertolak tepat jam 6.10 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan