InsyaAllah, wakil-wakil reunion68 akan mengadakan perjumpaan dengan pengurus Felda Ijok dan seterusnya menghantar surat permohonan untuk memajukan tanah paya untuk dijadikan kolam memancing seluas lebih kurang 20 ekar. Ahli reunion yang setuju hadir pada hari tersebut ialah Mahadi Hassan (Pengerusi Reunion68), Ramlan Ali (Timbalan Pengerusi), Saya (Setiausaha), Mohd Nizam Mahyuddin (AJK), Zulkifli Maludin (AJK), Norazam (AJK), Rosli Mat (AJK). Untuk meramaikan perjumpaan tersebut bersempena jamuan hari raya untuk anak-anak Felda Ijok, maka saya menjemput seluruh warga reunion 68 yang mempunyai keluangan waktu supaya bersama-sama kami untuk memeriahkan perjumpaan tersebut.
Untuk makluman lanjut sila hubungi En Aminudin Baki (setiausaha reunion 68).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan