Ucapan

Ahad, 25 Oktober 2009

Kedai Pancing Zuraini Din


Kedai Pancing Zurapancing Enterprise

Peralatan memancing yang dijual

Khidmat membaiki rod pancing

Udang Hidup juga boleh didapati di sini

Umpun-umpun juga boleh didapati

Alhamdulillah krn ada di kalangan rakan reunion yang berjaya dalam bidang perniagaan. Info kali ini adalah promosi perniagaan rakan reunion iaitu Zuraini Din (Anak Pak Din Laksa). Oleh kerana saya belum mengunjungi kedai beliau maka hanya info bergambar sahaja dapat saya berikan. InsyaAllah, saya kan cuba mencari masa yang sesuai untuk mengunjungi kedai pancing beliau untuk mendapatkan info secara lengkap. Apa yang saya dapat gambarkan, antara pakej kedai pancingnya yang menarik ialah membaiki rod pancing yang rosak. Jika rakan-rakan berkesempatan ke Pulau Pinang, sila luangkan masa untuk bertandang ke kedai beliau. Ini adalah link blog perniagaan beliau. Klik di sini

Rabu, 21 Oktober 2009

Senarai Nama Reunion, Telefon dan Alamat




Assalamualaikum..buat masa ini, hanya inilah yang termampu saya cari nama dan alamat kekawan. Jika anda mempunyai alamat dan tel kekawan yang lain, sila hubungi saya.. terima kasih

Derma Reunion Untuk Perjumpaan 2010

Assalamualaikum...untuk melicinkan perjalanan dan perjumpaaan reunion pada tahun 2010, maka dengan ini saya memohon pada semua reunion agar dapat menghulurkan bantuan kewangan seberapa yang mampu. Hasil derma bertujuan melaksanakan perjumpaan dan derma kebajikan kepada ahli reunion yang sakit, anak yatim dan yang miskin .Sila masukkan derma tersebut ke dalam akaun bendahari reunion spt di bawah

Siti Mariam Bt Sirun
No Akaun BSN :0411 0410 0001 5093

Segala dar semua perihatin, saya ucapkan jutaan kata tak terhingga

Isnin, 12 Oktober 2009

Menghantar Permohonan Di Sambutan Aidl Fitri Masyarakat Felda


Wakil Reunion bersama surat permohonan

Mengajukan permohonan kepada Pengurus Felda Ijok

Tuan Pengurus meneliti permohonan tersebut

Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri masyarakat Felda Ijok

Tetamu yang hadir

Gerai jualan motor juga mengambil bahagian

Alhamdulillah..beberapa wakil reunion telah berjaya menghantar permohonan untuk memajukan tanah paya Felda Ijok pada 11 Oktober 2009 yang lalu. Wakil reunion mengambil kesempatan daripada kehadiran pengurus Felda Ijok di perjumpaan Hari Raya untuk mengajukan surat permohonan tersebut.. Terima kasih tidak terhingga kepada pengurus Felda Ijok yang sudi meluangkan masa untuk bertemu wakil reunion. Berikut adalah gambar-gambar peristiwa tersebut

Ahad, 11 Oktober 2009

Promosi Perniagaan Rakan Reunion

Alhamdulillah..banyak dikalangan rakan reunion kita yang terlibat di dalam perniagaan selain daripada yang bekerja dengan kerajaan dan bekerja sendiri. Soal bidang kerja bukanlah menjadi persoalan besar. Apa yang diingat agar apa jua bidang yang kita tempuhi, ketaatan kepada Allah janganlah diabaikan. Kita mahukan bidang yang kita ceburi itu berjaya disamping menjadi hamba yang bertaqwa disisi-Nya.

AJK Reunion amat berbesar hati untuk menyiarkan kerjaya perniagaan rakan-rakan di dalam blog ini. Oleh itu amat dialu-alukan kepada rakan reunion yang menceburi bidang perniagaan untuk menghantar gambar-gambar premis perniagaan, lokasi peniagaan dan barang-barang (item) perniagaan kepada saya untuk di siarkan di dalam blog ini. Sebarang kiriman gambar hendaklah di emailkan ke alamat berikut : drsmartware@yahoo.com. Sekian terima kasih

Sabtu, 10 Oktober 2009

Aturcara Hari Raya 2010 ( perancangan)



Assalamualaikum..2010 belum menjelma lagi. Namun demi menjadi perjumpaan 2010 dapat diadakan maka saya berusaha menyusun, merancang seterusnya berusaha agar perjumpaan tahun depan dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya.
Andai rakan-rakan mempunyai idea-idea yang boleh berkongsi maka hubungi saya agar idea tersebut dapat di ketengahkan dalam mesyuarat ajk reunion...wassalam

Rabu, 7 Oktober 2009

Menghantar Permohonan Memajukan Tanah Paya

InsyaAllah, wakil-wakil reunion68 akan mengadakan perjumpaan dengan pengurus Felda Ijok dan seterusnya menghantar surat permohonan untuk memajukan tanah paya untuk dijadikan kolam memancing seluas lebih kurang 20 ekar. Ahli reunion yang setuju hadir pada hari tersebut ialah Mahadi Hassan (Pengerusi Reunion68), Ramlan Ali (Timbalan Pengerusi), Saya (Setiausaha), Mohd Nizam Mahyuddin (AJK), Zulkifli Maludin (AJK), Norazam (AJK), Rosli Mat (AJK). Untuk meramaikan perjumpaan tersebut bersempena jamuan hari raya untuk anak-anak Felda Ijok, maka saya menjemput seluruh warga reunion 68 yang mempunyai keluangan waktu supaya bersama-sama kami untuk memeriahkan perjumpaan tersebut.

Untuk makluman lanjut sila hubungi En Aminudin Baki (setiausaha reunion 68).

Jamuan Hari Raya Anak Felda

Jamuan Hari Raya Terbuka Untuk Semua Warga Felda Ijok akan diadakan seperti berikut:

Hari : Ahad

Tarikh : 11 Oktober 2009

Tempat : Dewan Felda Ijok

Semua dijemput hadir

Ahad, 4 Oktober 2009

Agenda Perjumpaan Reunion68 Untuk Tahun 2010

InsyaAllah, aku sedang merangka aturcara perjumpaan untuk Tahun 2010. Dalam kepala otak aku nie dah ada satu dua agenda baru, antaranya:-

1. Imbas Kenangan-nie sapa2 nak cerita ttg kisah2 lama masa darjah 6 dulu.
2. Bantuan Kebajikan- sapa2 reunion yanh susah, ibu tunggal atau anak yatim, kita hulurkan sedikit sumbangan. untuk itu, eloklah kita wat sedikit derma yang akan dikumpulkan mulai sekarang hingga tahun depan. Jika AJK bersetuju, derma kan disalurkan ke melalui akaun bendahari.
3. Pakaian beragam-untuk menggalakkan rakan reunion dan anak-anak berpakaian raya dengan smart, kita buat pertandingan. Sapa paling smart, kita bagi hadiah.
4. Ragam anak-anak- kita buat ler nyanyian anak-anak reunion, kita bagi ler hadiah. Nak suruh kita nyanyi, menang kat shimah jer ler. Aku pun segan nak nyanyi.

Aktiviti nie, nak bagi meriah jer perjumpaan tu. Kita buatsecara rasmi, siap dengan masa aturcara dan diposkan kepada semua reunion. Kalau setuju, saya buat vote kat blog. Jika rakan2 reunion ada idea lagi..meh bagi tau kat saya..bye