Ucapan

Rabu, 20 Januari 2010

Perkembangan Terkini :Cikgu Shariff dan Cikgu Mustapha

Assalamualaikum

Makluman dari Zuraini Din, bahawa cikgu kita iaitu Cikgu Sharif dan Cikgu Mustapha telah dapat dihubungi.

untuk makluman reunion, Cikgu Sharif telah berkahwin dengan salah seorang reunion kita iaitu Noraini (Makcik). Cikgu Mustapha pula yang rambut nyer gondrong sikit( berketak-ketak), berbadan gempal. Cikgu Sharif mengajar di SK Sungai Baru sementara Cikgu Mustapha ialah Guru Besar di SK Kuala Kurau. Gitu ler kabar yang saya dapat. Saya akan cuba menghubungi kedua-dua orang guru tersebut dan mengajak teman reunion yang terdekat untuk menziarahi mereka..wassalam

Khamis, 7 Januari 2010

Perjumpaan Generasi Ke-2

Satu perjumpaan generasi ke-2 warga Felda ijok akan diadakan.

Tarikh : 8 Januari 2010
Hari : Jumaat
Waktu : 3.00 petang
Tempat : Dewan Felda Ijok

Antara isu-isu yang akan dibangkitkan dengan pihak pengurusan Felda Ijok ialah pertempatan generasi ke-2 . Marilah beramai-ramai kita membangkitkan/memeriahkan majlis perjumpaan tersebut.